Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.
alhamdulillah..nikmat iman dan islam masih bersama kita.
moga kekal hingga ke syurga..insyaAllah :)
actually, ana tak tahu nak post apa sehingga lah jari ana digerakkan ke
alhamdulillah..nikmat iman dan islam masih bersama kita.
moga kekal hingga ke syurga..insyaAllah :)
actually, ana tak tahu nak post apa sehingga lah jari ana digerakkan ke
document --> hafizah --> Jundullah.
insyaAllah semoga perkongsian yang tak seberapa ni..menjadi saham akhirat buat ana :)
maaf sekiranya ada kekurangan :D
copy and paste je pun :)
insyaAllah semoga perkongsian yang tak seberapa ni..menjadi saham akhirat buat ana :)
maaf sekiranya ada kekurangan :D
copy and paste je pun :)
Kerana manisnya perjuangan dalam kegetiran, Muhajirin diangkat
darjatnya, ahli Badar diampunkan kesalahan dan dijanjikan syurga. Menjadi
kumpulan elit dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Yakin apa sahaja yang
berlaku adalah atas percaturan Allah SWT. Makhluk tidak dapat memberikan bekas
melainkan sekadar yang diizinkan oleh Allah.
Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah, Siti Hajar
rela ditinggalkan bersama anaknya Ismail di tanah yang tandus kerana yakin
Allah tidak akan mempersia-siakannya dan anaknya.
Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Nabi Ismail sanggup
disembelih oleh Nabi Ibrahim.
Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Maryam taat dengan
perintah Allah untuk mengoyangkan pohon kurma dalam keadaan lapar dan sarat
mengandung walaupun pohon kurma itu tersangat keras. Berkat keyakinan dengan
apa yang Allah perintahkan beberapa biji kurma gugur dengan izin Allah.
Bagaimana dengan kita? Sejauh manakah kita merealisasikan sami'na
waatho'na , kami dengar kami taat. Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan orang
yang banyak bertaubat dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang menyucikan
diri. Ameen.
Untuk
renungan bersama :
Hadis Ibn Abbas yg dikeluarkan oleh Imam atTermidzi ( 2440) dan
Musnad Imam Ahmad (2666)
'Suatu hari aku pernah
berada di belakang Nabi shallallaahu'alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :'Hai anak, aku akan
mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia
akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila
kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah
pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat
untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat
memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu,
dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya
mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah
telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah
kering.'