.:: Ukhwah Penyubur Sifat Manusia ::.







Wahai putera puteri harapan,


Kalian permata yang berkilauan..
Kalian harapan hari esok yang berupaya memperelok lagi warna kehidupan insan, dengan Taqwa yang tinggi..


Penuhilah dunia dengan limpah kasih Illahi.
Usir was-was di hati.
Usah membuka ruang-ruang untuk umpat mengumpat serta mengadu domba..
SEMUA PERBUATAN ITU AKAN MEMBUNUH KASIH SAYANG DAN MENYUBURKAN SIFAT BENCI.


Berlalunya hari tanpa kasih sayang,
Sungguh merupakan satu kerugian,
Apabila perasaan persaudaraan telah hilang dari hati manusia,
Maka terhentilah semangat bantu-membantu,


Beberapa langkah yang mesti dilaksanakan untuk memenuhi hak persaudaraan ISLAM


* Nyatakan perasaan kasih terhadap seseorang saudara muslim yang dikasihi kerana                   Allah.
* Tidak menganiaya sesama saudara Muslim.
* Tidak membuka aibnya.
* Tidak menyerahkannya kepada musuh.
* Mendoakan untuknya walaupun berjauhan.
* Sentiasa berwajah manis dan berjabat tangan ketika bertemu.
* Saling kunjung mengunjungi.
* Turut bersukacita di dalam kegembiraan saudaranya.
* Saling memberi hadiah ( jikalau mampu)
GENERASI MUDA PEMANGKIN REVOLUSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan