Wahai wanita yang tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambutmu,
Bebas megerbang kemas terikat,
Terserlah dibawah cahaya mentari
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang akan membakar rambutmu
Di hari akhirat hari penentu
Maka hanguslah segalanya,
Hilanglah cantik alun rambutmu
Tiada lagi yang mengerbang
Tiada lagi yang terserlah,
Oleh itu jadikanlah dirimu
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.
Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepalamu
Ringkas pendek tersempang rapi
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah bentuk badan
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Mejilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tidak bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu
Sebahagian daripada mereka yang bertudung
Bertudung labuh hingga ke paras dada
Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambutmu,
Sungguh ayu tertutup rambut mu
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu
Mengaburi segala yang tersirat di hati
Hanya diri yang menghakimi,
Mungkin suci ikhlas kerana ILLAHI
Atau berdebu dengan sebab duniawi,
Riak wajah nampak tawadhu',
Riak jiwa rupa-rupanya menunjuk-nunjuk,
Alangkah ruginya andai benar begitu,
Kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupa sahaja dirimu di tunggu,
Diseksa tidak ubah seperti wanita yang tidak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
OLEH ITU JADIKAN DIRIMU
SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA YANG BERTUDUNG,
BERTUDUNG LABUH HINGGA KE PARAS DADA.
TERSEMAT JUA BERSAMANYA RASA TAQWA
Wahai wanita yang Bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaran Nya,
Yang dijanjikan di kahirat nanti,
Dan tatkala didunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari
Menjadi idaman setiap muslim yang soleh,
Yang sukar sekali diperolehi.
Wahai muslimah yang solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak
AGAR ISLAM KEMBALI TERTEGAK :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan